Rabu, 5 Mei 2010

Hukum Membaca Al-Quran Untuk Si Mati Di Atas Kubur

sheikh_ali_fatwaSyeikh Ali Jumuah
Mufti Republik Arab Mesir
Kitab : البيان لما يشغل الأذهان
Soalan: Apakah Hukum Membaca Al-Quran Untuk Si Mati Di Atas Kubur? Adakah Sampai Pahala Bacaan Tersebut Kepada Si Mati?
Jawapan:
Para ulama' telah bersepakat (berijma' atau berpendapat) mengatakan bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah tidak haram, bahkan tidak berdosa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama' Hanafiah, Syafi'iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan riwayat daripada Anas R.A ( hadis marfu' ):
من دخل المقابرفقرأ فيها (يس) خفف عنهم يومئذ، و كلان له بعددهم حسنات
Maksudnya: "Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikan"1

Dan telah thabit daripada Ibnu Umar bahawa :
"Sesungguhnya beliau berwasiat bahawa apabila beliau dikebumikan, maka dibacakan disisinya dgn awal permulaan surah Al-Baqarah dan akhir surah Al-Baqarah".2

Adapun ulama' Malikiyyah berpendapat bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah makruh. Akan tetapi, Syeikh Dardir memberikan komentar beliau di dalam masalah ini :
"Ulama' mutaakh'khirin berpendapat bahawa tidak mengapa membaca Al-Quran dan berzikir serta menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada si mati bahkan si pembaca juga akan mendapat/beroleh pahala, Insya Allah".3

Perselisihan pendapat pada masalah ini adalah terlalu lemah (dhoif). Pendapat yg mengatakan hukumnya adalah sunat adalah pendapat yg kuat. Sesungguhnya sebahagian ulama berpendapat bahawa masalah ini adalah masalah ijma'. Antara ulama' yg berpendapat sedemikian adalah Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi Al-Hanbali. Beliau mengatakan bahawa :
"Apa-apa kebaikan yg dilakukan dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati yg muslim (beragama Islam), maka itu adalah perkara yg bermanfaat. Berkata sebahagian ulama', apabila dibacakan Al-Quran di sisi si mati atau menghadiahkan pahalanya kepada si mati maka beroleh pahala, maka pembacanya juga akan mendapat/beroleh pahala dan seolah-olah si mati juga membacanya, maka diharapkan si mati beroleh rahmat. Sesungguhnya, apa yg kami sebutkan itu tadi adalah disepakati/dipersetujui (ijma') oleh para ulama'. Mereka ( para ulama' yg bersepakat ) bersama-sama berkumpul membacakan Al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati tanpa ada yg membantah di kalangan mereka (tanpa saling membantah antara satu sama lain).4

Sesungguhnya, Syeikh Al-Uthmani telah memberikan komentar berikut di dalam masalah ini :
"Para ulama' bersepakat mengatakan bahawa istighfar, doa, sedekah, haji, pembebasan hamba adalah bermanfaat bagi si mati dan pahala kebaikan tersebut sampai kepadanya. Hukum membaca Al-Quran di atas kubur adalah sunat".5

Dalil bagi sampainya pahala bacaan Al-Quran kepada si mati adalah diqiyaskan dgn hukum sampainya pahala "haji ganti/haji badal" kepada si mati kerana haji terkandung di dalamnya solat dan solat dibaca di dalamnya surah Al-Fatihah dan surah-surah yg lain. Apa-apa yg sampai ke semuanya, pasti akan sampai satu juzu' daripadanya. Maka pahala bacaan Al-Quran sampai kepada si mati dgn izin Allah sekiranya si pembaca memohon supaya Allah memberikan pahala kepada si mati sepertimana diberikan pahala kepadanya (si pembaca).
Berdasarkan kepada apa yang diterangkan, sesungguhnya ulama' telah bersepakat bahawa membaca Al-Quran utk si mati adalah harus manakala sebahagian ulama' berpendapat bahawa menghadiahkan pahala kpd si mati adalah harus. Para ulama' Syafi'iyah berpendapat bahawa pahala tersebut sampai kepada si mati dgn diiringi bacaan doa :

اللَّهُمَّ اجْعَلْ مِثْلَ ثَوَابِ مَا قَرَأْتُ لِفُلان
Maksudnya: "Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan Al-Quran aku ini kepada si fulan"

dan ianya bukanlah hanya semata2 dgn amalan tersebut sahaja. Perselisihan yg berlaku adalah sedikit dan sepatutnya tidak berlaku pada masalah ini.

shah_penterjemah
Penterjemah :
Al-Fadhil Ustaz Shahrizan Bin Mohd Hazime
Kuliah Syariah Islamiyyah
Universiti Al-Azhar Al-Syarif





1Al-Khilal beserta sanadnya, Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225), Tuhfatul Ahwazi (Jilid 3/275)
2Al-Khilal beserta sanadnya, Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225), Tuhfatul Ahwazi (Jilid 3/275)
3Syarah Kabir (Allamah Dardir-Jilid 1/423)
4Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225)
5Rohmatal Ummah Fi Ikhtila'fil A'Immah (Syeikh Uthmani)

Sabtu, 24 April 2010

Laporan 5 Tahun j-Qaf


Bertempat di PPD batang Padang Pn Guru Besar membentangkan laporan 5 tahun aktiviti kecemerlangan j-QAF SK Seri Besout kepada Tuan PPD Batang Padang Tuan Haji Mat Noh B Supaat.

Bacaan Yasin Mingguan

Dua tahun berturut-turut SK Seri Besout telah mengamalkan bacaan surah yasin mingguan secara beramai-ramai di tapak perhimpunan ataupun di dewan pada setiap pagi Jumaat.diharapkan program ini akan memberi kesan kepada guru-guru dan murid-murid walaupun terdapat beberapa pendapat ulamak megenai hukum membaca yasin ini.

Jumaat, 23 April 2010

Bengkel Imam Cilik

Bengkel Imam Cilik telah diadakan bagi melatih murid-murid tahun 6 menjadi imam ketika bersolat jamaah.bagi memastikan kemahiran ini berkekalan setiap hari isnin diadakan solat zohor berjamaah yang mana imam-imam yang telah dilatih ni akan menjadi imam secara bergilir-gilir.Secara tidak langsung program ini membantu memperkasakan lagi Kem Bestari Solat yang diadakan kepada semua murid.









Jumaat, 9 April 2010

pemantauan jQAF

Penyelia Pendidikan Islam Perak Tengah membuat pemantauan ke SK Seri Besout diiringi oleh Tn Hj  Baharuddin dan Tn Hj Mudakir Penyelia Pendidikan Islam Batang Padang

Khamis, 8 April 2010

anak sulung jQAF belajar bahasa arab

Muqaddimah

Bismillahirrahmanirrahim,Alhamdulillah,Wassolatu wassalamu ala syyidil anbiyai walmursalin wa ala alihi wasohbihi ajmain..Hari ini tanggal 8 April 2010 ku mulai membina blog ini sebagai jambatan kepada guru-guru Pendidikan Islam dan guru-guru jqaf menyumbangkan idea dan pendapat serta menyampaikan mesej jQAF kepada murid-murid,guru-guru serta seluruh warga sekolah dan komuniti setempat.Semoga sedikit usaha ini akan mendapat keberkatan dari Allah Taala.